hometown

membukakan mata yang berat ini...
membangunkan diri yang malas ini...
bergerak ke bilik mandi seperti biasa...
air yang dingin mengalir membasahi aku...
sejuknyer...
terasa debar untuk menjawab kuiz eco pagi ini...
berbekalkan ilmu yang sejengkal inci...
aku harus bergerak ke bilik kuliah...
mengambil kertas di meja hadapan...
memulakan dengan lafaz bismillah...
alhamdulilah, segalanya berjalan lancar...
mengambil tempat di bilik 313..
meneruskan kelas event yang hanya berjalan selama sejam...
maths merupakan kelas seterusnya...
kelas yang bermula jam 10.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari
mengira, mengira dan mengira..
terus mencari jawapan kepada setiap soalan yang ada...
akhirnya kelas ditamatkan...
bergerak mencari makanan bersama dye...
zaza menjadi tumpuan kami...
menjamah sedikit makanan mengalas perut...
dye menemani aku ketika ini..
terima kasih aku ucapkan...
meninggalkan tempat belajarku...
menuju ke destinasi seterusnya...
polo 5, rumahku...
pulang untuk menyiapkan diri...
membasuh kesemua pakaian...
membersihkan ruang bilik...
menyidai pakaian aku...
membersihkan diri aku pula...
memastikan aku kelihatan lebih baik dari sebelum ini...
sekadar bersederhana dengan calitan di mata sahaja...
cukup untuk aku kelihatan lebih baik dari sebelumnya...
sebelum ku tinggalkan rumah...
aku contengkan sebaris kata...
aku tinggalkan sekeping nota kecil...
buat teman yang disayangi...
mengiringi kepulangan aku ke kampung...
akhirnya ke sana jua aku pulang...
merindui insan-insan tersayang...
papa, mama, kakak, yana, akhmal dan adik...
mereka yang bernama keluarga...
dye menghantar aku pulang...
memenuhi masa terluangku sebelum aku bergerak pulang...
jam 5.30 petang...
'adnan sempit' menjadi hiburan aku dan dye...
best, kelakar sangat...
cerita yang simple dan santai...
menerima panggilan dari mama...
thanx mama kerana mengambil berat tentangku, bisikku di dalam hati...
bergerak keluar dari dewan wayang...
meneruskan perjalanan ke tempat makan...
nasi goreng bersama teh 0 panas menjadi menu...
alhamdulillah, kenyang...
menaiki tangga ke tempat penyimpanan barang..
mengambil beg di almari 296...
bergerak turun ke platform 2...
transnasional bus yang akan mengambil aku...
bus yang akan membawa aku pulang bertemu 'mereka'
jam 8.50 malam, aku menaiki bus...
akhirnya aku akan pulang juga ke sini...
jam 3.00 pagi aku sudah berada di terminal medan gopeng...
menanti papa sampai untuk mengambil aku...
aku sambut salam papa, menciumnya...
sangat merinduinya...
mendiamkan diri dalam kereta...
melayani perasaan aku sendiri...
akhirnya, sampai juga aku di rumah..
mama menunggu aku dan papa di hadapan pintu...
tangan mama ku sambut sambil menciumnnya...
menutup pintu dan bergerak ke bilik tanpa sebarang kata yang terluah...
mencuci make-up, membasuh muka, menggosok gigi...
katil menjadi impian aku seterusnya...
sebelum tido, aku menelefonnya...
aku sudah sampai di sini...
rumah aku, tempat perlindungan aku, tempat paling selamat untuk aku...
tempat di mana aku dibesarkan bersama yang lain...
telefon aku matikan dan mata aku pejamkan...
katil yang empuk membuatkan aku lena panjang dalam tidurku...
aku berkata dalam hati: sayang, terima kasih temani aku disepanjang perjalanan ini... kata yang tak mungkin engkau fahami...
akhirnya aku hilang bersama lena malamku...

No comments:

JIWA

tercalar dihujung luka kerana jiwa yang berpaling mengejar dunia impian yang kini utama berbanding tempatnya berapa harga yang perlu dibayar...