maal hijrah

alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk meraikan kedatangan Maal Hijrah... semoga kehadiran tahun baru Islam ini akan lebih memberi aku kekuatan, kesabaran, keikhlasan dan ketenangan untuk melalui perjalanan hidup sebagai seorang anak, seorang kakak, seorang adik, seorang kawan, seorang pelajar dan seorang umat Islam yang lebih baik... banyak yang telah dilupakan dan ditinggalkan dalam mengejar keindahan dunia... semoga keberkatan itu datang bersama keindahan awal muharram... yang pergi akan tetap terus pergi dan yang datang harus tetap dihadapi... semoga Dia terus melindungi dan menjaga dalam setiap pilihan dan langkah untuk mendapatkan yang terbaik... 
yesterday is history, tomorrow is a mystery, 
today is a gift and that's why it's called the present of Muharram


1 comment:

Kierra said...

salam maal hijrah :)

JIWA

tercalar dihujung luka kerana jiwa yang berpaling mengejar dunia impian yang kini utama berbanding tempatnya berapa harga yang perlu dibayar...