...supporter...

Friday, December 23, 2011

sunyi

sejak dulu lagi aku sering terjaga waktu tido tapi senang untuk tido semula tapi dengan cara menelefon encit boyfie then encit boyfie akan tidokan aku... tapi lately aku mengalami waktu tido yang sangat sukar... bile malam aku kerap terjaga tapi aku dah x call encit boyfie untuk tido kan aku seperti dulu...aku cuba bermacam cara untuk tidak terjaga di waktu malam tetapi tak berjaya.. kadang aku tido jam 2 or 3 pagi tapi still terjaga... kadang kala aku main game sampai mata penat tapi still terjaga malam.. sebelum tido aku amik wuduk tapi terjaga jugak malam.. kadang aku buat macam-macam aktiviti supaya badan penat dan tido lena tapi tidak jugak berjaya... so semalam aku ada terbuka kawan aku punya fb then ada satu link bersama nota-nota yang mungkin berguna.. salah satu sebab tido tak lena berkaitan dengan SUNYI.. jom kite share dan tengok bersama-sama...

1. Untuk melawan perasaan sunyi, anda sebenarnya memerlukan satu lingkaran sosial yang membolehkan anda berkomunikasi dengan orang lain. Elakkan daripada terus menyendiri. Anda perlu keluar ke tempat awam dan cuba bersembang dengan mereka. Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk bercakap ketika masa itu, hanya peruntukkan masa anda untuk melihat gelagat orang ramai diluar berbanding terus duduk seorang diri di dalam rumah. Ini dapat membantu untuk anda melawan perasaan sunyi yang anda rasakan.

2. Cuba sibukkan diri anda untuk melakukan sesuatu. Salah satu petanda yang menunjukkan bahawa anda berasa sunyi adalah waktu tidur anda akan terganggu, sering terjaga pada waktu malam dan akan berasa mengantuk pada siang hari. Tidur yang terganggu dalam apa-apa situasi sekalipun akan membuatkan seseorang hilang mood, memudahkan untuk mendapat penyakit dan akan melemahkan tenaga mereka untuk melakukan aktiviti harian. Ianya amat penting untuk anda menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin. Salah satu caranya ialah dengan membela haiwan ternakan, mengajar kanak-kanak, atau fokus terhadap pembesaran anak anda dapat membantu untuk melawan perasaan sunyi.

3. Anda perlu mencari apakah punca yang membuatkan anda berasa sunyi. Ini adalah kerana sekiranya anda dapat mengenalpasti punca kesunyian, ia akan memudahkan anda untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin pelbagai cara telah anda lakukan. Tetapi jauh di dalam sudut hati anda, masih merasakan kesunyian. Ini adalah kerana penyelesaian untuk kesunyian yang anda rasakan masih belum selesai. Sebagai contoh, mungkin kesunyian yang anda rasakan adalah daripada perhatian seorang lelaki. Untuk penyelesaian terbaik, anda perlu menjalinkan persahabatan dengan lelaki untuk membantu anda mengurangkan sedikit rasa kesunyian.
till next post ya  :))

No comments: