...supporter...

Tuesday, November 8, 2016

kerana semalam

kerana semalam
jiwa itu rapuh pada kata 
yang akan lurut pada nada
selalu terusik dek mata dan telinga
kerana pada hati tersimpan beribu rasa
demi menjaga hati, menjaga nama
bukan kita mendabik dada
membetulkan salah menafikan silap
sebagai manusia biasa yang penuh dengan emosi
kita siapa untuk lari dari dihakimi
kerana kiri dan kanan itu seiringan
akan sentiasa ada dengan izinnya 
kerana senyuman dan bibir itu berpasangan
yang akan membutir kata dan memberi ketenangan
pada langit biru yang kadangnya kelabu dan memutih
pada matahari yang meredup bersama pancaran
pada hujan rintik yang memberat
pada angin yang menderu dan membelai
sapa lah ia pada jiwa yang terlupa
pada titik kehidupan yang masih berjaga
pada semalam yang tak pernah pergi
datang la selalu bersama hari baru 
agar bisa membawa pengajaran pada hari esok


No comments: