...supporter...

Friday, December 31, 2010

end of year 2010

penghujung disember 2010 yang akan pergi
merupakan sebuah rahmat yang tidak terhingga
dan kedatangan january 2011 memberi satu lembaran baru
untuk terus bergerak ke hadapan
maju dan terus maju 
masa bergerak dengan begitu pantas 
sehingga kita sendiri tidak menyedarinya
usia semakin meningkat
dunia semakin maju bersama teknologi
kesusahan dan keperitan masih dibelenggu
cabaran dan dugaan masih tetap sebagai teman
pengalaman menjadikan kita seorang yang bersikap matang
namun ia tidak pernah lupa menjadikan kita kebudak-budakkan juga
tiada yang kekal dan tiada yang tetap sama
lihatlah belakang sebagai panduan hari mendatang
 langkah harus terus dihayun walau selemah mana pegangan
ianya berbaloi untuk diingati dan disimpan
sejarah tidak akan pernah meninggalkan kita
cuma caranya akan berubah mengikut masa 
mengikut keadaan juga
manusia berubah seperti masa yang berlalu
perkataan menjadi undang-undang dalam hidup kita
perjalanan tidak akan pernah berhenti mahupun terhenti
suara-suara yang kedengaran menjadi semangat untuk kita
pendirian harus kuat, diri perlu tabah
kadang-kala perkara meninggalkan kita tanpa kita sedar
tiada permulaan yang tiada pengakhiran
tiada perjanjian tanpa balasan
setiap kemahuan berbeza dengan setiap keperluan

kawan dan rakan
mereka ada dihati walau tidak bersama lagi
kerana pertelingkahan segalanya pergi
semuanya bersama haluan sendiri
kasih yang ada tidak kukuh untuk sebuah persahabatan
perjalanan yang singkat mengubah sebuah perhubungan...
carilah sahabat yang benar-benar layak bergelar sahabat
yang ada waktu susah dan senang bersama
bukan sahabat yang menumpang kesenangan kita
yang pergi tatkala kesusahan menimpa kita...
dia sahabat yang selalu ada untuk saya
dia kakak yang menasihati saya
dia yang banyak menghiburkan saya
dia teman terbaik saya
menjadi pendengar yang baik
dear AWEEN, tengs banyak2  ;))

teman dan jiwa saya adalah satu
yang memenuhi hari-hari saya
menjadi perkara utama dan terpenting
menjadi tiang dan tonggak untuk berdiri
pengubat setiap duka dan lara
yang memberi senyuman dan ketawa 
tatkala kesedihan dan kekecewaan..
menjadi abang kepada saya
menjadi cikgu dan pengajar
menjadi pendamping yang setia
melayan setiap karenah dan perangai saya
menjadi ayah dan ibu kepada saya
membersih setiap luka dan menghilangkan setiap titis air mata
menjadi pendukung yang terhebat
sayang, tengs banyak2..  ;))
i am nothing without you

semoga setiap yang mendatang memberi satu semangat baru
kenangan itu akan tetap ada walau jauh ia pergi
sejarah itu tetap dihati walau pahit untuk dimiliki
azam baru bersama cita-cita baru..
semoga setiap yang dilakukan
mendapat rahmat dan keberkatan
dari MAHA PENCIPTA
happy new year to all MALAYSIAN
dear 2010, you owiss a part of my life
dear 2011, welcome ya  ;))

5 comments:

iszieylyanziy said...

hepi new year dear

Bulan said...

happy new year sayam! ;)

g4dyz.h34rt said...

isziey: happy new year too ;))

bulan: new year to u too dear ;))

Sya Razali said...

cik gadyz, happy new year. jangan lupe melawat bilik kami setelah ditranformasi. hehe

Anonymous said...

Terima kasih untuk blog yang menarik