terhenti air matanya

hati perempuan itu terlalu istimewa hinggakan kadang amat sukar untuk kita meramal apa yang berada di dalamnya... kadang kita merasakan amat dekat hatinya pada kita tapi sebenarnya langsung kita tidak tahu apa yang bermain di dalam fikirannya hinggakan kadang kita tak langsung menduga apa yang sedang difikirannya walau kadang bicaranya seolah tiada rasa, namun sebenarnya amat jauh dari dunia sendiri..

jangan biarkan wanita yang berada disisimu bersedih dan makan hati hingga tiada usaha untuk membetulkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar kerana pasti akan ada seseorang yang cuba membuatnya tersenyum dan ketawa... jangan biarkan wanita yang berada disisimu merasakan kesunyian dan terabai kerana pasti akan ada bisikan yang mengodanya untuk mencari keserasian kerana mereka sangat memerlukan perhatian... mereka tidak mendengar apa yang dikeluh... mereka tidak melihat dengan mata walau memandang... mereka hanya tahu satu kisah tapi tidak langsung mengerti akan rasa... kadang kita mampu melihat air mata yang mengalir, seolah ianya telah hilang satu kekuatan diri... 

jangan biarkan wanita yang berada disisimu bersedih dan menangis... 
jika dibiarkan, terhenti air matanya setelah letih 
seolah hatinya juga telah tawar dan pudar...


No comments:

JIWA

tercalar dihujung luka kerana jiwa yang berpaling mengejar dunia impian yang kini utama berbanding tempatnya berapa harga yang perlu dibayar...