kadang aku tertanya, apa yang perlu ada dalam sebuah hubungan bila masa dan keadaan selalu memperkotak-katikkan manusia... aku tak sure kenapa aku tulis entry nie tapi ini adalah pendapat dan comment aku setelah perkara nie terjadi dalam kalangan orang yang dekat dengan aku.. tidak menyalahkan sesiapa cume satu perasaan yang ingin aku luahkan dan kongsi... kata orang, bila kita sayang seseorang kita akan sentiasa mengingati dia dan berhubung dengan dia dalam pelbagai jenis media yang ada walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.. kata orang lagi, walau sesibuk mane pun kita, kalau kita benar-benar sayang seseorang itu mesti kita akan curi-curi masa untuk call or message orang yang kita sayang... ada jugak yang kata, bile kita sayang seseorang tue, kita akan sentiasa mencari dia sebab dia seperti pembakar semangat dan penghidup hari-hari kita... tapi kata orang jugak kemanisan itu akan hilang bila kita tidak lagi membajai dengan kasih sayang, bila kita mula kurang memberi perhatian... perasaan yang mekar jugak boleh layu begitu sahaja dek kerna mengejar duniawi, tergoda oleh wang ringgit dan paras rupa.. bila time kita, ini tak kene, itu tak boleh tapi bile time dia, katanya kita kongkong, katanya kita kawal pergerakkan dia... bila kita bagi perhatian katanya kita nie queen control, smua nak kene bagitao... tapi bile kita bagi dia kebebasan untuk berkawan dan bergerak katanya semua salah kita sebab kita tak jaga dia dengan baik, tak bagi perhatian dekat dia, tak ambil tahu tentang dia, tak tanya mane dia pergi, dll sampai dia ada orang lain...salah dan menyalahi itu perkara yang lumrah dan tak mungkin kita lari daripadanya... tapi kita sering kali lupa pada pengorbanan dan penat lelah yang telah pasangan kita buat untuk kebahagiaan bersama.. wang ringgit tak akan dapat membalas setiap pengorbanan yang telah dilakukan walaupun sehingga ke hujung nyawa kita... pepatah ada menyatakan dari kejujuran kita mampu membina kepercayaan... dari kepercayaan kita mampu memperkukuhkan hubungan.. dari kekukuhan hubungan akan lahir kesabaran dan kesetiaan.. dari kesabaran dan kesetiaan akan hadir satu ikatan yang sah... dan dari ikatan yang sah, kita mampu merealisasikan segala impian dan cita-cita bersama hingga ke akhirnya...
notakaki: saya heart encit chenta saya banyak-banyak... semoga hubungan kami kekal sehingga ke akhir hayat kami berdua dengan izinNYA... ammiinnn
No comments:
Post a Comment