Ramadhan bertanyakan makna CINTA dan
gurunya pun menjawab: “Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah BERJALAN KE DEPAN & JANGAN KEMBALI KE BELAKANG. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.
Maka masuklah Ramadhan ke dalam hutan dan keluarlah Ramadhan TANPA membawa SEBATANG RANTING pun. Gurunya bertanya, maka jawab Ramadhan: “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.
Guru pun berkata: “ Itulah makna CINTA ”.
Lalu Ramadhan pun bertanya apa makna PERKAHWINAN.
Guru pun menjawab: “ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pokok yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan”.
Maka masuklah Ramadhan ke dalam hutan dan keluarlah Ramadhan dengan MEMBAWA SEBATANG POHON yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah. Gurunya pun bertanya, maka jawab Ramadhan: “Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya.. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan. Akhirnya saya tinggalkannya. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa MERAWATnya dan menjadikanya INDAH”.
Lalu sang guru berkata: “ Itulah makna PERKAHWINAN ”.
begitu banyak PILIHAN didepan kita seperti POHON-pohon beserta RANTINGnya didalam hutan, tetapi kita mesti menentukan
SATU PILIHAN dan bila TERLALU MEMILIH tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya SEKALI dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergilir ke HADAPAN, yang tidak pernah tersimpan pada hari KELMARIN dan bersemayam pada MASA LALU kita.
Kamu hanyalah LELAKI AKHIR ZAMAN
SATU PILIHAN dan bila TERLALU MEMILIH tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya SEKALI dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergilir ke HADAPAN, yang tidak pernah tersimpan pada hari KELMARIN dan bersemayam pada MASA LALU kita.
ketahuilah bahawa:
GADIS yang bakal kamu SAYANGi
tidaklah seMULIA KHADIJAH
tidaklah seTAQWA AISYAH
tidaklah seTABAH FATIMAH
tetapi GADIS itu hanyalah GADIS AKHIR ZAMAN
yang mempunyai cita-cita, menjadi SOLEHAH..
dan kamu...
berlapang dadalah untuk memiliki GADIS yang tidak sehebat sesiapapun
kerana kamu juga harus sedar bahawa
kamu BUKANlah RASULULLAH
BUKAN juga ALI BIN ABI TALIB
tapi...
yang berusaha untuk menjadi SOLEH..
2 comments:
Assalammualaikum...salam kunjungan dari zool
tengs atas kunjungan anda
Post a Comment