go gadyz go

1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang...

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan telatah anda tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah...

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut. Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga...

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya..

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.....

7 . PANDAI BERGAUL DAN MEMBAWA DIRI
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung...

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya...

9 . SIMPATI DAN IKHLAS
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikkan dalaman pada dirinya yang memancar (keluar dengan indah dan mempesona)...

10. PEMURAH DENGAN SENYUMAN
Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain...

11. LEMAH-LEMBUT
Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu...

12. PENAMPILAN YANG SEDERHANA 
Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyaKkan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya...

13. RENDAH DIRI
Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu...

14. BERPENDIDIKAN 
Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah...

15. PANDAI MENYESUAIKAN DIRI
Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu...

16. BIJAK
Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat...

17. MATANG
Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia...

18. PERBANDINGAN
Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi...

19. KAWAN
Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah...

20. PENDENGAR SETIA
Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara...

21. BELAIAN
Pandai membelai amat diperlukan. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai...

22. BERTOLAK-ANSUR
Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara...

23. PRIHATIN
Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda...

24. BERDIKARI
Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri...

25. BERPRINSIP
Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini...

26. JUJUR DAN BERTERUS-TERANG
Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan...

27. KEBEBASAN
Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda...

28. MENGHORMATI
Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila...

29. KESEMPURNAAN
Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa didalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya...

30. MEMASAK
Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit. cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu...

*** sama-sama la kita berkongsi maklumat ini 
untuk kebaikan bersama.. 
jadikan kita antara yang terbaik
untuk pasangan kita  ;))

to gadyz
go gadyz go.. 
you can do it baby  ;))

6 comments:

Sya Razali said...

you can be the best one for him :))

hidayahzulkfli said...

tengs sya..
hop de same thing happen to u too
let pray fer de happiness ;))

pizzaeater said...

cool one :)
but tak semua pulak lelaki ada sifat-sifat yang perempuan nak kan T__T

hidayahzulkfli said...

tryin to be ourself..
but keep wishing 2 be dest fer our partner ;))

Mohd Asyraf said...

yup....bg sy...kita sebagai saling melengkapi pasangan kita...saling menerima...dan saling memberi... ^_^

hidayahzulkfli said...

tengs u guys fer de opinion and support..
saya sendiri sedang memperbaiki kelemahan diri sendiri dalam menjalinkan sebuah perhubungan..
sama2 kita mencari yang terbaik buat diri kita dan pasangan ;))

JIWA

tercalar dihujung luka kerana jiwa yang berpaling mengejar dunia impian yang kini utama berbanding tempatnya berapa harga yang perlu dibayar...