Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

komunikasi

Sudah semestinya anda akan berkomunikasi bersama pasangan untuk setiap hari. Komunikasi antara pasangan sudah pasti berbeza berbanding orang lain. Jadi apakah tips atau cara komunikasi terbaik apabila anda bersama pasangan?

1. Sedar bahawa disetiap perselisihan faham yang berlaku, tiada mana-mana pihak yang menang atau kalah. Kemenangan adalah terletak kepada penyelesaian terhadap masalah dan bukannya hujah yang disampaikan untuk mempertahankan diri masing-masing.

2. Kompromi atau dengan bahasa yang lebih mudah mendapatkan persetujuan bersama adalah satu alat penting yang membantu dalam menyelesaikan konflik antara pasangan.

3. Pastikan bahasa tubuh, ekspresi wajah dan nada vokal adalah selaras dengan mesej yang ingin anda sampaikan.

4. Jangan menyampaikan sesuatu isu yang kritikal itu dengan cara berkias. Ia menunjukkan bahawa anda sebenarnya tidak bersedia untuk mengetengahkan perkara tersebut. Sampaikan dengan jelas supaya pasangan anda memahami apa yang anda cuba sampaikan tanpa perasaan curiga.

5. Sekiranya anda tidak mampu untuk mencari jalan penyelesaian yang muktamad untuk sesuatu masalah, cuba akhiri perbualan tersebut sekurang-kurangnya dengan sesuatu perkara yang positif.

6. Jangan sesekali bersikap biadap terhadap pasangan ketika hubungan anda dilanda masalah. Sebaliknya dengar apa yang mereka cuba sampaikan walaupun perkara tersebut tidak masuk akal sekalipun dan sekiranya anda masih tidak bersetuju, tolak dengan cara yang hormat.

7. Pastikan anda mendengar apa yang pasangan anda cuba sampaikan dengan baik dan berikan maklumbalas yang sepatutnya.

8. Sekiranya perbincangan telah berubah menjadi suatu pertengkaran yang sengit, adalah lebih baik anda mencari jalan untuk menangguhkannya. Masing-masing memerlukan masa untuk menstabilkan kembali emosi yang terganggu supaya dapat membuat pertimbangan yang lebih baik.

9. Fokuskan perbincangan terhadap masalah yang sedang berlaku dan bukannya cuba mengaitkan kesalahan yang lampau.

10. Melibatkan orang tengah mungkin suatu perkara yang tidak baik dalam sesuatu hubungan. Tetapi sekiranya anda berdua menemui jalan buntu, cara ini mungkin akan berhasil.
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dalam perhubungan….. hehe :))

sunyi

sejak dulu lagi aku sering terjaga waktu tido tapi senang untuk tido semula tapi dengan cara menelefon encit boyfie then encit boyfie akan tidokan aku... tapi lately aku mengalami waktu tido yang sangat sukar... bile malam aku kerap terjaga tapi aku dah x call encit boyfie untuk tido kan aku seperti dulu...aku cuba bermacam cara untuk tidak terjaga di waktu malam tetapi tak berjaya.. kadang aku tido jam 2 or 3 pagi tapi still terjaga... kadang kala aku main game sampai mata penat tapi still terjaga malam.. sebelum tido aku amik wuduk tapi terjaga jugak malam.. kadang aku buat macam-macam aktiviti supaya badan penat dan tido lena tapi tidak jugak berjaya... so semalam aku ada terbuka kawan aku punya fb then ada satu link bersama nota-nota yang mungkin berguna.. salah satu sebab tido tak lena berkaitan dengan SUNYI.. jom kite share dan tengok bersama-sama...

1. Untuk melawan perasaan sunyi, anda sebenarnya memerlukan satu lingkaran sosial yang membolehkan anda berkomunikasi dengan orang lain. Elakkan daripada terus menyendiri. Anda perlu keluar ke tempat awam dan cuba bersembang dengan mereka. Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk bercakap ketika masa itu, hanya peruntukkan masa anda untuk melihat gelagat orang ramai diluar berbanding terus duduk seorang diri di dalam rumah. Ini dapat membantu untuk anda melawan perasaan sunyi yang anda rasakan.

2. Cuba sibukkan diri anda untuk melakukan sesuatu. Salah satu petanda yang menunjukkan bahawa anda berasa sunyi adalah waktu tidur anda akan terganggu, sering terjaga pada waktu malam dan akan berasa mengantuk pada siang hari. Tidur yang terganggu dalam apa-apa situasi sekalipun akan membuatkan seseorang hilang mood, memudahkan untuk mendapat penyakit dan akan melemahkan tenaga mereka untuk melakukan aktiviti harian. Ianya amat penting untuk anda menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin. Salah satu caranya ialah dengan membela haiwan ternakan, mengajar kanak-kanak, atau fokus terhadap pembesaran anak anda dapat membantu untuk melawan perasaan sunyi.

3. Anda perlu mencari apakah punca yang membuatkan anda berasa sunyi. Ini adalah kerana sekiranya anda dapat mengenalpasti punca kesunyian, ia akan memudahkan anda untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin pelbagai cara telah anda lakukan. Tetapi jauh di dalam sudut hati anda, masih merasakan kesunyian. Ini adalah kerana penyelesaian untuk kesunyian yang anda rasakan masih belum selesai. Sebagai contoh, mungkin kesunyian yang anda rasakan adalah daripada perhatian seorang lelaki. Untuk penyelesaian terbaik, anda perlu menjalinkan persahabatan dengan lelaki untuk membantu anda mengurangkan sedikit rasa kesunyian.
till next post ya  :))

isteri & suami

isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khodijah
tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. 
isterimu hanyalah seorang wanita akhir zaman 
yang ingin menjadi solehah.
suami yang menikahimu tidaklah sesempurna Rasulullah
tidaklah setabah Ayyub, tidak segagah Musa
bahkan juga bukan setampan Yusuf. 
suamimu hanya seorang lelaki akhir zaman
yang bercita-cita mendidik diri dan keluarganya menjadi ahli syurga.
jadi bersyukurlah dengan pasanganmu 
kerana dia adalah anugerah Allah yang hanya pinjaman untukmu...
hargailah dirinya sebelum Allah mengambil semula dia daripadamu..

kisah RINDU

saya: jangan datang!
rindu: nakkk jugakkkkk!
saya: jangannn! saya tak suka!
rindu: takk, awak perlukan saya!
saya: saya tak nakk.. *tapi dengan nada yang semakin kendur dan slow, ada esak di situ*
rindu: kenapa awak tak nak saya?
saya: sebab bila awak ada, saya rasa sedih, sebab awak ingatkan saya pada dia,,
rindu: awak kan sayang dia,,
saya: memang saya sayang dia,,
rindu: sebab awak sayang dia lah awak perlukan saya ,,kalau awak tak suka saya, maknanya awak tak sayang dia,,
saya: tak takkkk, bukan macam tu,,
rndu: habis tu, macamana?
saya: sebab… sebab… saya nak dia selalu dengan saya sebab tu saya tak perlukan awak. awak tak boleh pun buatkan dia datang dekat saya sekarang.
rindu: awak, awak dengar sini...

“rindu itu sangat manis bila manusia boleh merasainya,, ia datang bila dua manusia berjauhan dan rindu itu melengkapkan rasa sayang yang ada antara mereka”...

aku dan dia

Ya Allah . .
Kau yang Maha tahu segalanya . .
bila kehadiranku menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka. .
bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya. .
maka kau jauhkanlah aku darinya. .
bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa. .
bila aku bukan yang terbaik . .
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir . .
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik. .
maka jarakkan kami . . pisahkan kami
Usah menangisi perpisahan. .
kelak Dia akan gantikan . .
dengan seseorang yang telah tercatat . .
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu . .

wanita

happy monday ollls... happy kah?? kerja.. kerja.. kerja... selamat bekerja ya.. untuk yang study, study rajin-rajin... jangan malas-malas tao.. pagi-pagi dah blogwalking sana-sini.. baca itu dan ini, berkongsi kisah suka dan duka.. terpanggil dengan satu entry yang sangat menarik.. saya share kepada semua.. selamat membaca..

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya. "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub, "Hanya dengan dua tangan?" tidak mungkin!

Tuhan menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaan serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita. Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT... HANYA ADA SATU YANG KURANG PADA WANITA, DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

kesempurnaan

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....




JIWA

tercalar dihujung luka kerana jiwa yang berpaling mengejar dunia impian yang kini utama berbanding tempatnya berapa harga yang perlu dibayar...