adam dan hawa

hawa itu kadang keliru... 
mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir... 
mahu berlaku jujur, terpalit segan...
mahu menutur kata, bimbang hati dicemari... 
hawa itu kadang cemburu... 
melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu... 
hawa itu kadang buntu... 
mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya...

itu kisah Hawa... 
mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam 
tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.... 

pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu... 
hawa... 
hatinya sangat rapuh, jiwanya sangat sensitif... 
matanya mudah saja berkaca... 
kata mereka itu tanda lemah tapi 
aku bilang itu fitrah... 
bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati... 
jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan... 
tidak sama sekali!!! 
itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka... 

adam, 
aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti
 kerana aku Hawa, juga tidak pernah mengerti... 
cukuplah agar engkau tahu... 
semoga engkau tidak mudah mengusik hatinya... 
hati yang punya sarat perasaan... 
perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti 
di sebalik kata seorang Adam 
dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam...

No comments:

JIWA

tercalar dihujung luka kerana jiwa yang berpaling mengejar dunia impian yang kini utama berbanding tempatnya berapa harga yang perlu dibayar...