aku bertanya

aku bertanya pada kau tentang rindu
tentang jarak yang memisahkan kita
tentang waktu yang mengalir begitu cepat
aku bertanya pada kau tentang cinta
tentang rasa indah yang kita punya
tentang senyum yang melebar rapat antara kita
aku bertanya pada kau tentang mimpi
tentang angan di hujung sana
tentang damai yang tercipta
dan kau hanya berdiam mendengar aku bersuara...

No comments:

JIWA

tercalar dihujung luka kerana jiwa yang berpaling mengejar dunia impian yang kini utama berbanding tempatnya berapa harga yang perlu dibayar...