ramadhan


akhirnya ia datang lagi
bersama seribu keberkatan
berjuta rahmat yang tak terhingga
bersama nikmat dan kurniaan
buat setiap umat islam di dunia...
berjalanlah wahai insan
merentasi sempadan dunia
dalam mencari keampunanNYA
berlarilah wahai teman
mengharungi perjalanan dunia
dalam mengejar keredhaanNYA
keampunan milik kita
andai kita ikhlas kepadanya
seperti ikhlasnya sebuah perhubungan
antara manusia dan penciptanya..
senyumlah wahai saudara 
kerna ia membawa bahagia 
walau sengsara berputik dijiwa
kerna janji pencipta untuk setiap umatnya
tiada seindah RAMADHAN
tiada secantik SYAWAL..
itulah kebesaran YANG MAHA ESA
kerna DIA berpegang pada janjinya
kerna dia MAHA MENGETAHUI
mengetahui apa yang ada dihadapan
juga dibelakang kita
mengetahui apa yang sedang berlaku
dan juga yang akan berlaku
semoga ramadhan kali ini penuh makna
memberi kita sebuah kekuatan
sebuah pegangan yang lebih kukuh
bersabar dan bertahan menghadapi segalanya
semoga kemaafan itu datang 
dengan keikhlasan ramadhan yang hadir
bersama keredhaan yang bertandang
tanpa secebis rasa dendam manusia
tapi dipenuhi rasa kasih 
kepada YANG MAHA ESA
salam ramadhan al-mubarak

No comments:

JIWA

tercalar dihujung luka kerana jiwa yang berpaling mengejar dunia impian yang kini utama berbanding tempatnya berapa harga yang perlu dibayar...