JIWA

tercalar dihujung luka
kerana jiwa yang berpaling
mengejar dunia impian
yang kini utama berbanding tempatnya
berapa harga yang perlu dibayar
untuk janji yang ditinggalkan
untuk kata yang dibiarkan
untuk kasih yang disisihkan
untuk hati yang dilukakan
jika benar jiwa itu leka dalam mimpinya
maka Engkau titiplah secubit ujian
untuk menjentik jiwa itu
agar mungkin dapat sedikit sedar
asas sebuah kehidupan
yang bernyawa itu merasakan sakit
wahai jiwa yang sentiasa disayangi
semoga dikau merasa sedih dan kecewa
jatuh dan duduk seketika menghitung kiraan Pencipta
agar kau sedar aku juga merasa tempiasnya
walau bukan yang utama jangan dilupa
pada janji yang telah disandarkan pada-Nya
walau bukan yang teratas
namun jangan sekali dibiar menjadi terakhir

SEPI

hadirnya saat dihujung mimpi
selalu sebentar kita meniti
tak mungkin mata bersua lagi
tetaplah tatap walau bukan di dunia ini
separuh jiwa yang pergi
separuh berbaki masih mencari
tangan memberi tidak lagi disisi
kasih dan sayang tidak lagi dikongsi
langkah sudah semusim terhenti
jiwa ini semakin kosong tak berisi
pada tawa, suara dan diri
dan berlalu masa aku masih sepi

JAUH

jika pada kata itu mudah
tidak mungkin rasa itu tetap gundah
jika ada kenangan yang dipegang
mungkin sakit itu tak perlu digenggam
kenapa berlari jika masih perlu mengejar
kenapa berdiri jika akhirnya tanpa melangkah
cerita sedih jangan berduka
ruang itu sentiasa ada dari Pencipta

JIWA

tercalar dihujung luka kerana jiwa yang berpaling mengejar dunia impian yang kini utama berbanding tempatnya berapa harga yang perlu dibayar...